Assalamualaikum
- Tahu ke tidak bahawa satu-satunya kereta yang kita tidak panggilnya 'kereta' adalah TEKSI.
- Tahu ke tidak bahawa magnet itu kita juga dikenali sebagai 'besi berani'.
- Tahu ke tidak 'tupperware' itu adalah sebuah jenama bagi cawan, botol air, water dispenser dan bekas makanan dll. Namun sampai sekarang semua jenama bekas makanan bita panggil dengan nama 'tupperware'.
- Tahu ke tidak bahawa colgate itu adalah jenama bagi ubat gigi. Namun semua jenis ubat gigi kita panggil dengan nama 'colgate'.
- Tahu ke tidak bahawa kancil, rusa, kelisa dan angser adalah antara haiwan-haiwan yang boleh dipandu. Tidak lama lagi akan ada kambing yang boleh dipandu.
- Tahu ke tidak saya sedang menonton game barca vs chelsea.........(!@*#^#%@*#^#$$%)()__+
- Tahu ke tidak semut merah juga dikenali sebagai 'semut api'.
- Tahu ke tidak air yang dimasak dalam cerek itu kita panggil 'air mati'.
- Tahu ke tidak angkasawan juga boleh menjadi uncle-sawan.
- Tahu ke tidak lelaki botak itu handsome.
- Tahu ke tidak bola itu bulat.
- Tahu ke tidak hidup ibarat roda. Kadang kita di atas kadang kita di bawah.
- Tahu ke tidak bahawa lesung pipit itu boleh hilang jika pemakanan kita tidak terkawal.
- Tahu ke tidak bahawa hitam itu menawan.
- Tahu ke tidak lemak itu adalah musuh no1 wanita.
- Tahu ke tidak bahawa Drogba baru sahaja kena kad kuning.
Thanks for reading =)
No comments:
Post a Comment