Assalamualaikum
Today pulak aku akan sharing pasal Raja Buah kita iaitu DURIAN. Dengan nama saintifiknya durio zibethinus Atau orang perak sebut 'doyan'. Pernah dengar lagu "oh kome, doyan dah berbunge.."? *ignore je lagu tadi.
Nama Biasa : Durian
Nama Saintifik : Durio zibethinus Murr
Keluarga : Bombaceae
Nama Saintifik : Durio zibethinus Murr
Keluarga : Bombaceae
Durian ialah buah beraroma kuat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di Asia Tenggara. Kenapa raja buah? Ini kerana saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Dari duri itulah ia mendapat namanya. Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12 inci) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya seberat satu hingga tiga kilogram (2 hingga 7 lb). Bentuknya berbeza daripada bujur hingga bulat, warna kulitnya daripada hijau hingga perang, dan isinya daripada kuning pucat hingga merah, bergantung kepada spesies.
Durian ialah buah tropikal yang berasal dari Filipina, Brunie, Indonesia dan Malaysia, tetapi telah dikenali di dunia Barat sekitar 600 tahun. Buah ini boleh dimakan walaupun belum betul-betul masak, dan digunakan sebagai perisa kepada pelbagai jenis makanan berperisa dan manis dalam masakan Asia Tenggara. Bijinya juga boleh dimakan jika dimasak.
Isi buah ini mengeluarkan bau yang tersendiri, kuat dan tajam walaupun kulitnya belum dibuka. Sesetengah orang menganggap bau durian sebagai semerbak, manakala yang lain berasa aromanya amat kuat dan tidak dapat ditahan. Baunya menarik reaksi daripada penikmatan mendalam kepada amat jijik, dan telah diperikan serupa dengan bau badam, bawang busuk, turpentin dan stokin gim. Bau ini telah menyebabkan larangan buah ini daripada sesetengah hotel dan pengangkutan awam di Asia Tenggara. Tapi aku suka bau durian! Mat saleh memang tak dapat tahan dengan bau buah ni.
Durian dianggap sebagai makanan panas dan sesiapa yang terlebih makan durian akan mendapati dirinya berpeluh dengan banyaknya sejurus selepas makan durian. Penawar tradisi ialah untuk minum air kosong dari pangsa kulit buah. Selain itu, musim durian lazimnya berlaku bersama dengan manggis yang dianggap sebagai mempunyai kesan penyejuk kepada badan. Oleh itu, kedua-dua buah-buahan ini lazimnya dimakan bersama.
Orang yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, secara tradisinya dinasihati mengelakkan durian kerana ia dipercayai mempunyai kandungan yang berkhasiat yang boleh memberi tekanan pada badan.
Kandungan Zat Makanan :-
Kandungan | Unit/100 g bybm |
Tenaga | 153 kcal |
Kabohidrat | 27 g |
Kalsium | 40mg |
Zat Besi | 1.9 mg |
Vit. A (Carotene) | 150 mg |
Vitamin B1 | 0.1 mg |
Vitamin B2 | 0.13 mg |
Vitamin C | 23.3 mg |
Lemak | 3.4 g |
Protin | 2.7 g |
Selain itu durian juga boleh menjadi bentuk hiasan sesuatu benda . Contoh seperti gambar di bawah.
Kaunter pembayaran parking. Aku pernah nampak ni kat terengganu pun ada tau.
Thanks for reading =)
No comments:
Post a Comment