Assalamualaikum
Eeee lamanya aku tak post kat sini. Al-maklum lah. busy dengan hal rumah tangga. haha. Okay jom kita share sedikit info untuk semua. Sedikit info tentang bagaimana ingin mengelakkan sindrom sukar tidur, kurangkan selera makan dll.
Nutrisi Sukan
Usah elak lemak apabila kamu berbicara tentang nutrisi sukan. Di antara 20 peratus jumlah pengambilan kalori nutrisi diet sukan kamu, ia haruslah dipenuhi dengan lemak. Ini kerana lemak memberikan kesan yang besar terhadap proses metabolik dan juga tenaga.
Kebaikan Buah Pala
Buah pala merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Bijinya mengandungi sejenis minyak berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit. Malah buah pala juga merupakan sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam perubatan.
Khasiat Kiwi
Pengurus Sains Kesihatan Zespri International Limited, Lynley Drummond berkata, satu hidangan yang mengandungi dua buah kiwi mempunyai lebih banyak vitamin C berbanding dua biji oren, selain mengandungi kandungan tinggi potassium daripada pisang dan tinggi serat makanan daripada semangkuk bijirin. Kajian yang didapati dalam buah kiwi hujau dan kuning dapat meningkatkan tahap imunisasi semula jadi dalam badan, selain bertindak balas dengan cepat terhadap selesema dan penyakit lain.
Kepentingan sayur!
Makan lah sayur sebanyak dua atau tiga cawan hidangan dalam satu hari. Untuk buah pula, memadai dengan mengambil satu atau dua cawan sehari. Keperluan sayur dan buah dalam menu harian sebenarnya bergantung kepada keperluan tubuh dan jantina seseorang. Namun inilah purata kuantiti hudangan yang kamu perlukan. Sekiranya dihitung, kamu harus menganbil sekurang-kurangnya lima hidangan sayur dan buah-buahan dalam sehari. Sebaiknya, ambil yang pelbagai warna seperti bayam (berdaun hijau), oren (buah sitrus) dan tomato (tinggi likopen).
Berbau Tetapi Membantu
Tidak ramai yang sukakan makanan ditumis dengan bawang putih atas alasan ia berbau. Sebenarnya, mengambil makanan yang tinggi bawang putih akan memotong selera makan kita. Sekiranya difikirkan semula, ianya baik untuk kamu kerana ini mengurangkan selera untuk kamu makan lebih banyak. Namun mengikut kajian, bawang putih berkesan untuk mencegah tekanan darah tinggi, mengubati diabetes serta mengurangkan risiko serangan jantung.
Kerang Elak Insomnia
Percaya atau tidak kerang mampu mengelakkan daripada berlakunya serangan insomnia atau sindrom sukar tidur. Untuk mengelakkannya, kamu dicadangkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 20biji kerang setiap hari. Selain itu, pengambilan susu panas dan makanan yang kaya serat juga elok untuk memudahkan kamu merasa mengantuk. Asid serotonin dalam tubuh akan berubah menjadi melatonin dan kedua-duanya baik untuk membuatkan tubuh menjadi lebih relaks dan menggalakkan rasa mengantuk!
Mungkin ramai yang rasa mcm pernah baca je info ni kan. Ya, sudah tentu lah aku copy benda ni dari majalah. becoz aku bukan nye ahli-ahli mengkaji buah sayur dan sebainya. ;p
Thanks for reading =)
No comments:
Post a Comment