Friday, October 19, 2012

My Lovely Cat

Assalamualaikum.

Saya pasti yang korang semua ada fav pet kan. Ada org yg suka bela hamster, sugar glider yg mahal giler tew.. haha.. anjing.. utk non-muslim je k. burung..monyet.. ehhh.. monyet pun boleh la.. pet jugek. ye tak. haha tapi monyet tu lebih kepada org suruhan pasal tuan dia mesti suruh tiap hari panjat kait buah kelapa di atas pokok nya. heheee. okay wat eva. Kat sini sy nak cerita pasal pet sy je. iaitu kucing. Sbelum ni sy benci kucing ni sebab..... ah malas nak cite lah pasal da penah story kat entry yg sbelum2 ni. kalau nk tau sila cari dan baca sendiri. hehe (ayat sombong naa kan.)

Nama kucing saya KECHIK. Dia sgt berkelakuan comel! Tengok ni. Tidor pun nak pakai cap. 

Dia ni nakal sikit. Suka loya buruk. Tapi senakal2 dia pun reti baca Quran. Ko hade?

Selambek je aku tengah lukis pola baju dia landing atas kertas minyak ni lepas tu jeler lidah plak. hmmm nasiblah mcm comel lidah tu. tapi its okay. akak pun ada lidah. so just keep ur lidah in.

Okay saya dah tak tahan dengan kecomelan dia lalu sy pun kaco dia pulak. sebab selalu dia yang kacau time sy tgh buat kerja. hahaha revenge.

Okeh akak tak puas hati la tgk awak ni. masih geram! jom pergi umrah jom. hehe

OKay fine.. tidurrr jela kejenye..

ONE DAY.........
Dia balik rumah luka2... sayu je.. dia mengiaw depan umah ngn kakak dia.. rupanya luka2 sebab gaduh ngn mafia tu..

Igt kan luka x serius. Tapi hari berikutnya pipi da bengkak sebelah kesan dari luka tu.. Mak kata nanti surut la tu. Da 3 hari stil bengkak.. lepas tu luka tu bernanah.. kesian tgk so terus bawa ke klinik.

Doc kata kalau tak bawak klinik blh buat mati sb luka tu dalam rupanya. dah letak ubat kat leher dia. so utk mengelakkan dia garuk kita pun terpaksa pakai kan dia topi keledar kesematan.. hehe

Lepas tu dia tak selesa.. asyik minta nak bukak benda tu je.. lama2 kita pun kesian kn. tengok kesan luka tu.. doktok cukur lepas tu letak ubat. sb kalau tak cukur bulu dia mmg kita tak nampak luka tu kn. letak ubat.. insyaallah nnti ok blk latu.

Okay kesian dia pasal doc kata kne kuarentin 5 hari dlm rumah. takut2 luka belum sempat sembuh dia gaduh lg kan susah plak kan. kesian dia kne duk umah je. tp okay ape sb aku kasi dia pegang remote astro so dia blh tgk cte ape je yg dia suka.. hbo, cinemax, kartun.. suma ada..

Hari ke 3. Dia dah penat meroyan dari td. last2 dia surrender rehat je kat sofa. sbb aku mmg takkan kasi dia keluar selagi belum tamat waktu kuarentin. lagi 2 hari je. dah sembuh luka tu akak kasi outing keh. ;)


p/s Kalau pet anda terluka atau apa2 saja bawalah dia ke klinik terus. jgn tangguh2 sb binatang tak boleh bercakap so kita tak tahu dia sakit atau tak. silap2 dia terseksa even luka sikit kan. kesiannnn dia. SAYANGILAH PET ANDA. 

p/s Kucing juga merupakan binatang kesayangan rasulullah :)

p/s maaf di atas penggunaan bahasa yang kelam kabut sikit pasal sy spontan je update blog ni. tak de ayat rancangan. hehe

Thank you for reading.


No comments:

Post a Comment