Sunday, November 21, 2010

Flaming Steamboat



Hai bertemu kembali lagi kita dalam rancangan 'Jalan-jalan Cari Makan' dan kali ini kita jalan-jalan bersama THE PARAUKS....

Host
Saya Host anda seperti gambar di atas kali ini akan membawa anda semua jalan-jalan ke Danau Kota untuk mencari makan....Dan Jalan-jalan Cari Makan kali ini akan membawa anda untuk melantak di......

Flaming Steamboat ini terletak berdekatan ngan Old Town Danau Kota.
Nak masuk kawasan tu kena amik tiket parking. Dan hanya bayar RM1 sebelum keluar.

Sebelum itu saya akan memperkenalkan krew-krew Jalan-jalan Cari Makan yang lain :


                                                  



maaf,
nama mereka dirahsiakan !


Dan tidak lupa juga tetamu KHAS kita iaitu :
nama juga dirahsiakan !

Haaa ni dia saya nak tunjukkan makanan2 yang terdapat di Flaming Steamboat ni.
Buffet u0lls...so boleh amik banyak mana pun sampai anda mngeluarkan satu bunyi dari mulut dan angin dari perut ye u0lls...memang berbaloi la I tell u....








Sampai licin semua pinggan.. Memang pemakan TEGAR la u0lls.

DESERT
                                                    

Dah tengok jenis-jenis makanan yang ada? amacam? Best ke tidak?
memang YUM2 la kalau u0lls datang sini dan menikmati kepelbagai jenis makanan yang ada.
Bak kata Astro, macam-macam ada !
Tapi ada lagi makanan yang ada tapi tak ada dalam gambar ni seperti
  • nasi goreng
  • mee goreng
  • kuetiaw goreng
  • kentang goreng
dan macam-macam lagi yang bergoreng..

Buah-buahan pun ada..contoh, tembikai.
Air pun boleh tambah2 kalau nak lagi. contoh air yang ada 
  • air laici
  • air mangga
  • air blackcurrent
  • air oren dll
tapi yang paling spesial 'air skyjus' ...hahah

okay, itu saja yang saya boleh bagitahu.. ada banyak lagi makanan yang saya tak sebut..
Kalau nak tahu makanan ape lagi yang ada, silalah datang ke 
Flaming Steamboat.
Makanan best! Harga berpatutan.. Hanya RM 22.80(tidak termasuk tax) sahaja.
Tak rugi pun makan kat tempat ni. Cuba sekali pasti mau lagi..Wa cakap sama lu la..haha
------------------------------------------------------------------------------------------------------

0kay la...sekarang ni mau kasi cerita pasal 'Krew2' pulak la.. kitaorang ni boleh diibaratkan macam satu family la..betul tak u0ll?? :p 
kitaorang ni sebenarnya sama2 kerja part time kat satu tempat..sebab tu boleh kenal.Bila dah kenal ramai2, selalu jugak lah kitaorang hangout ramai2 kalau ramai yang free la..antara kitaorang ni ada yang students and ada yang dah kerja.jadi tak smua free selalu. Bila dah masing2 busy dengan kelas and kerja, jadi jarang2 la kitaorang ni berjumpa.. Tapi sekarang ni banyak U yang dah cuti.so students sume free and boleh la kita jumpa.Ni kira macam 'Gathering @ Flaming Steamboat' la. Al maklum la...lame tak jumpa, Rindu lah jugak kan.hahaha

Dia belanja :)



ishh budak2 ni..makan pun sempat lagi nak cuit2...



Haa suka kan kau ejek aku kan, amek ha kena cubit!
haha

Pekerja amek gambar bersama pelanggan........haha

kiri : muka kepenatan bila kekenyangan.
kanan : muka tahan berak..hahaha


tengok tu muka penat makan..haha


makan sambil bergambar
or
gambar sambil makan ni
?
Sambil2 makan, sambil2 bergosip juga, sambil gelak2 sampai sakit perut..
3 jam kita dok kat Flaming Steamboat tu dok MAKAN memanjang..
Jam dah kol11 malam, kita pun balik la ke rumah masing2..sebab masing2 dah kekenyangan,kemalasan dan kemengantukkan..
Conclusion : Flaming Steamboat memang BEST!!!!!


p/s : To Dayang Amalina, rugi kau tak de...hahaha :p

2 comments:

  1. Nice post! Teknik garapan yang sangat menarik. Lebih2 lagi tentang makanan dan krew2 Jalan-jalan cari makan. HAHA. Teruskan pada masa hadapan! :p

    ReplyDelete
  2. ah-ha, aku tau siapa nama yg dirahsiakan tu..:)
    jumpa juga blog ko ya...lalala...kirim salam kat azran n da gang ya..:)

    ReplyDelete