Assalamualaikum
Post kali ni banyak and suma tunjuk gambar je k. Macam2 gambar ada yang boleh mengenang masa lalu juga gambar2 yang kelakar pun ada. Mungkin akan ada yang kata mcm pernah tengok gambar2 ni. Yes, sbb gambar ni pn aku amik kat laman2 sosial yang ada. So, silalah lihat dan baca okay.
Amacam? Korang suka tak kalau bilik korang mcm ni? Ini kira mcm orang desperate space sgt ni. ada yg kata tak suka sebab macam selerak. Tapi kalau aku, aku suka cuma kalau rendah sikit katil tu best la. Pasal seram lah bila rapat2 ngan bumbung. Pernah tengok cerita Dark Water? Yeahh pasal itulah. Tapi bilik ni mane ade selerak. Kemas je. Kalau jenis diri tu jenis kaki sepah je memey ar bilik akan selerak tak kira katil tu besar mana pun kan. For me this is so cool..
Friendship? Kalau inilah gaya nya seorang sahabat baik, bermakna aku masih belum punya seorang bestfriend, haha. Budak-budak mungkin ya. Tapi kalau dewasalah aku rasa takkan ada yg friendship yg sampai mcm ni. Setuju? Kalau tak setuju sila nyatakan sebab....
Korang pernah kena macam ni tak? Salah satu ayat je padahal. Tapi kena buat correction sampai 1000x. Uihhh murid mana lah yang tak panas ngan cikgu cam ni. sampai 1000x kali kena. !0x sudah la kan. Tapi korang nak tau apa sambungan gambar ni? Sila lihat gambar bawah..
Dah baca dialog atas ni? Okay gua rasa laki ni sangat beruntung. Kerana ini adalah menjadi impian ramai student2 kan? Nak balas balik kat teacher yang suka2 buat ikut suka dia. Mendera kita sampai pandai. Tapi mendera itu sangat lah dibenci murid2. Kahkahkah. Apa yang cikgu tu suruh buat, kena kat cikgu tu balik. Genius genius..
Teringat masa sekolah dulu. Haa mesti ada yang tersengeh bila teringat waktu dulu kan? Beratur punya lah panjang. Semata-mata untuk amik secawa milo bersaiz small kat lori milo yang datang kat sekolah ni ha. Tapi syok. Nama pun FREE kan.
Ini sangat style. Tau tak kat mana ada jual sticker helikopter besar ni? Layang gak ni usha siling before sleep ni.
Oi ini orang tak beragak langsung la. Nak copy paste pun check2 la jugak satu satu perkataan ni. Aduhh..
Ni kecewa aku bila tengok gambar ni. Ni lah punca kalau jam yang tak gerak langsung time roadblock. Nak wat spotcheck pun jangan lah sampai jam tak gerak langsung kan. Gambar yang belah atas tu bagus. suma lane dia wt roadblock so tak de lah jam sangat kan.
Siapa tak pernah tengok gula-gula ni? Satu je aku na habaq hang... Hang memang malang. haha
10sen satu ni. Belon boleh pop pop.. Dah tiup pastu letupkan dlm mulut. Tak pun kat dahi member. haha. Ni pun zaman aku punya. Zaman melinium la ni ssh nak nampak budak main belon ni.
Kepada anak-anak atau orang yang disayangi tolonglah bagitahu ke mana je kitaa nak pergi. Jangan main pergi senyap-senyap je. Sian mak kat umah pikir negetif je. Risau memanjang.
Dulu aku selalu main ni. Sekolah aku banyak tiang. Tapi aku rasa tak semua orang pernah main atau tau game ni. Ni namanya game Cop Tiang. Akan ada sorang yang tak de tiang. So bila2 ada yang pindah tiang dia kena cop n rebut la. Main game ni sampai lah masing2 puas hati.
Wahai suami, pernahkah anda terfikir isteri anda sebegini rupa? Lepas abis kerja terus pergi supermarket. On the way balik naik train, dalam train tu jugak dia potong sayur and bawang. Pasal dia takut balik-balik nanti laki dia kelaparan. So dia potong siap2. Sampai rumah boleh terus masak. Pernahkah anda tau sebegini rupa pengorbanan isteri anda? Okay gamar ni sbenanye lawak gak. Ade ke yg cenggini? Hahahahahah..
Gambar ni sebenarnya agak **** sikit. Pertama kali lihat gambar ni memang piaw mata. Bayangkanlah kalau kita ada 4 mata dan 2 mulut. Hmmmpp.
Oi inilah dia kapal terbang yang sebenarnya. Kapal yang ada sayap.
TBC......
Thanks for reading =)
No comments:
Post a Comment