Assalamualaikum
Hai apa khabar korang semua. Dah lama tak tulis blog. Eh, yeke? Lama lah jugak. Beberapa hari lepas baru tulis. Tapi tu bukan tulis. Tu melukis namanya sbb penuh dengan gambar je kan. Maklumlah malas nak pikir ayat. Kang ayat tak sedap kena kutuk plak. So letak gambar jela. Haha.
Now aku nak bagi satu ujian kat korang semua. Iaitu ujian penglihatan. Aku akan bagi satu gambar utk korang tengok lepas tu cuba cari gambar tersebut. Gambar apa? Tentu2 lah gambar katak daun. Dah title pun katak daun kan. So korang dah ready? Bulatkan mata beso2. Kalau korang dapat jumpa tanpa lihat jawapan memang korang teror dan mata korang memang tajam.
Uihhhh lamanya korang suma carik katak daun. Tak jumpa-jumpa lagi yek? Jumpa daun je kan. Tak pe tak pe. mesti mata dah rabun tu. haha. Aku bagi klu.. Rujuk gambar di bawah.
Okay ni sebenarnya bukan klu. Tapi ni adalah jawapannya. Yang dalam bulatan merah tulah katak daun. Warna sama macam daun. Tapi masih tak clear lagi kan rupa katak tu kan? Sebab aku mula-mula tengok pun macam blur je. Mana kepala mana kaki pun aku tak tahu. Tapi tak pe jangan risau. Sila rujuk gambar berikutnya..
Ni gambar katak yang kita dah zoom in kan. Still tak nampak lagi? Mungkin mata anda bermasalah. Haha. Tapi serius lah. Aku pun still tak clear lagi rupa katak tu macam mana waktu tengok gambar ni. Sebab aku tak pernah tengok kata tu dari jarak dekat. (okay alasan betul)
Yes ini pun dia kataknya. Nampak sudah? Kalau tak nampak lagi kita tak tahulah nak kata apa. Rasanye elok lah korang pegi cek mata besok pagi. =p
Okay okay takpe. Ni gambar terakhir. Kalau tak nampak jugak aku tak boleh nak bantu lagi. Gambar ni sangat clear okay. Kalau aku boleh nampak korang pun pasti boleh kan.
Haa betul lah ni katak daun. Tapi aku pelik tang kepala dia tu. Memang mcm ni ke rupa kepala si katak daun ni? Kalau nak tahu lebih lanjut silalah google sendiri image si katak daun ni ye.
Thanks for reading =)
No comments:
Post a Comment