Assalamualaikum
Hello. Kali ni mahu cerita pasal game kat sekolah dulu. Before ni ada dah kan aku buat post pasal 'My Generasi'. Lebih kurang je dengan post kali ni. Tapi yang ini ada gambar lah kan. Ni pon pasa tadi aku belek2 pesbuk lepas tu ade page ni post gambar2 ni. Ape lagi aku ambil lah gambar2 ni utk jadikan bahan kat blog kan. haha. Maklumlah, aku tidak mahu blog ni berhabuk atau beranai-anai. Lalu mana yang boleh dijadikan bahan blog aku gerab (grab) aje. Janji ade update. Dari blog2 yang tak berupdate langsung kan. haha. Okay yuk kita lihat...... scroll... *scroll ni memang tredmark aku okay. Sila jangan tiru*
Ini dia kita panggil sampan kertas. Tapi aku panggil dia kapal kertas. Walaupun sampan tp aku mau sebut kapal jugak. baru mcm kaya sket. haha. Jangan tipu kalau korang pernah main ni. Tapi rugi untuk sape2 yang tak pernah main ni. Kalau kat rumah, dengar je bunyi hujan trus cari buku latihan sekolah. koyak yg bahagian tengah tu lepas tu buat sampan. tapi tak tahan lama la sbb kertas nipis. So aku suka guna kertas lukisan yang tebal tu. Pasal tu aku nye nama kapal. bukan sampan. haha. Lepas tu dah siap buat kitorang main kat luar rumah la. kat keliling kawasan rumah aku dulu ada longkang yang kecik tu. rumah korang pun ade kan. so klu hujan tu lebat lagi best, air takung banyak. pas tu lepas kan kapal kita belayar dalam longkang. haha syok giler.
Ini pulak nama dia kita panggil titik. Guna dua pen kaler lain2. Biasa memang kita guna kaler merah n biru sebab senang nak bezakan. Objektif main ni adalah utk meningkatkan kesabaran. haha. Kita kena buat titik. Kena ada strategi. Kita kena kepung lawan kita. Bila kita punye titik dah keliling lawan kita punya titik, kita boleh kepong dia dengan menyambung titik2 kita menjadi garisan. Lebih kurang mcm tu lah ayat nye. Feel dow main ni. Budak2 sekarang aku tengok takde dah main benda alah ni. rugiiii...
Ini kita panggil tekap duit rasenye. haha. Lupa dah namanya. Selalu ada time pelajaran pendidikan seni. Teknik apa pun aku tak tau nama dia. Tapi kita tekap kan semua jenis duit syiling. Warna-warni bagi cantik. Zaaaapppppp. Siap. Anta kat cikgu then dapat markah tinggi. Easy right? haha
Ini kapal terbang kertas. Yeeeee walaupun takde rupa even macam helikopter pun, tetap panggil kapal terbang jugek. haha. tapi ni lebih kepada macam jet kan? tapi tulah. ntah lah. dah memang generasi turun temurun kita panggil dia kapal terbang. tapi jangan lupa. before nak layangkan kapal terbang ni kita kena tiup dari lubang belakang kapal terbang tu supaya ianya berat di depan maka akan lebih laju! HAHA
Hah! Ini lagend ni siapa yang pernah main. Jangan main-main bro. Aku terer ni main natang ni. hehe. Banyak menang dari kalah tau. Kalau nak tahu dulu selain sticker, ada jugak penjualan pemadam sesama kawan ko tau? Haaa jangan main-main. Kecik-kecik sudah pandai menjual beli dan menggunakan sistem 'bater'. haha. Sekarang ada??? Ada pemadam tapi mesti yang mahal je kan? Rugilah adik-adik sekarang. Jangan malu untuk beli pemadam murah. untuk buat baling-baling je pun.
------------
Okay habis dah gambar. La ni aku nak habak mai. Dulu aku sekolah SRP (sekolah rantau petronas). Maklumlah sekolah swasta. Anak-anak nye pun ko tau jelah kan. Bapak keje gerand(grand). Barang sekolah mahal-mahal. Rumah besar. Ramai yang berlagak. Ramai jugak yang baik. Tapi tak semua anak orang kaya. Termasuk aku. Bapak aku biasa-biasa aje masa tu tapi dikira mampu lah kan. Aku ni kelas atas-atas jugak dulu. And majoriti jugak kelas atasan ni murid-murid nye pun atasan jugak.
Macam biasalah bila dah habis peperiksaan akhir tahun, sekolah masih berjalan seperti biasa. Cuma periksa je dah abis. Kena jugak datang sekolah sebab nak amik paper exam tu kan. sambil-sambil cikgu rite paper kita. Okay dalam hari-hari terakhir kelas masa darjah 2, aku dengan gang-gang perempuan aku kitorang janji la sorang kena bawak satu game. Contoh ada kawan aku bawak sahiba (ala yang main bina perkataan tu). Ada yang bawak dam. Ade yang bawak chess. Yang paling rare bawak game monopoli yang guna duit-duit palsu tu. Tapi aku takde game yang boleh di bawak. Aku hanya bawak pemadam utk main lawan pemadam. Lalu aku dipinggirkan. dan Diorang tak kasi aku main sama-sama diorang. KECEWA gila bha aku masa tu. Sedih pun ada. Ade ke patut. Ramaikan yang dah bawak game. So takkan tak boleh kalau aku nak tumpang main. So sad time tu. Dah la aku tak berapa nak cantik masa tu. Comel la jugak. cuma hitam-hitam manis sikit. Pasal tu diorang tak bagi aku main kot. Yela diorang pun hitam jugak cuma diorang ank orang keje Esso. Bapak aku keje petronas jer. Petronas dapat rumah kayu (tapi besar tau. cantik). Esso dapat rumah batu tepi laut and bukit (lagi besar and cantik lah tapi.huhu).. Ko tau tak yang kat sekolah aku waktu dulu-dulu siapa bapak keje Esso memang gerand orang nya? Gaji 5k waktu tu dikira sangat kaya. 5k JER! Alah sekarang kalau 5k orang dah tak pandang dah lah. haha
Tapi takpe lah. Tu semua kenangan waktu kecik. Ada jugak kawan baik aku yang kaya tapi baik waktu tu. Aku cuma kecewa sikit dengan anak orang kaya yang sombong. Sebab tu sekarang kalau ada yang perasan lah kan, aku memang tak berapa nak suka kawan dengan anak orang kaya-kaya. Takat kawan biasa boleh la. Nak rapat tu susah lah. Aku tau tak semua orang kaya tu sombong. Cuma aku dah serik je. Yela, kita kan bagai langit dan bumi. Bak kata Taylor Swift (aku pakai selipar jepun kau pakai sepatu tinggi. kau naik kereta mewah aku naik kereta api. kau naik kapal terbang aku naik awan terbang) haha lebih kurang cam tu lah perbedaan kita.
Sekian.
Thanks for reading =)
No comments:
Post a Comment