Friday, April 13, 2012

Piramid Makanan VS Myplate

Assalamualaikum

Hari ini adalah hari yang sama aku 'mengarang' post yang sebelum ini kerana mata aku sedang tidak bisa pejam. Aku rasa aku perlu makan pill tidur. Argh mcm kelawar dah aku ni. 

Okay, ni mimpi apa pun aku tak tau la. Nak share pasal healthy. Healthy yaw! Macam tak percaya Akak Wani nak share pasal kesihatan. Wow sangat. Sejak bila hang kesah pasal kesihatan pemakanan ni ha? 

Ni korang pernah dengar tak piramid? Piramid yang bentuk ala-ala gunung tu. Tapi puncak dia tu mentajam. Ahhh abaikan. Piramid yang kat Egype tu. Eh tak tau betul ke dak. hehe

Tapi la ni aku nak share pasal piramid makanan ye adik-adik. bukan piramid yang kat nun jauh tu. Secara jujur dan ikhlas la aku nak berterus terang bahawa aku memang dari dulu tidak pernah memahami atau cuba untuk memahami pasal piramid makanan ni. Pasal apa tau dak? Ni pasal aku bukan ikut pun piramid tu. Yang aku tau dalam pinggan aku akan ada nasik + lauk. Sayur tidak sama sekali masuk ke dalam pinggan aku kerana aku 'alergik sayuran' . Erk ade eh alah pada sayuran? haha. 

Huh ni dia. Cuba korang terus terang. Korang pun mesti keliru sikit kan pasal piramid makanan ni kan. Atas and bawah tu mana lagi penting? Aku serius tak tahu. Masa kat sekolah dlu pun aku main dalam kelas waktu cikgu mengajar pasal piramid makanan. haha. Tapi tak pe kalau korang tak faham macam aku jugak, ni aku ada teknologi baru. (teknologi lah sangat kan). Ada cara baru yang lebih senang untuk memahami soal diet makanan ni. Iaitu............................... scroll down pls.. scrolll.....

MYPLATE
Cuba korang tengok. Akak rase akak tak payah terang kan pun tak pe. Korang boleh faham sendiri kan? Just ingat yang sayur/buah pun dah separuh pinggan. Nasi suku pinggan. Yang selebihnya protien. Mudah kan?

Ingat! Make A Healthy Plate! Jangan main taruk je dalam pinggan tu. Kalau nak pemakanan yang sihat silalah ikut myplate okay =)

BERHENTI SEBELUM KENYANG!

Jangan ikutkan sangat nafsu ni. Tiap kali kita nak lahap banyak2, kita tolong fikir. Orang yang kat negara perang2 tu dah makan ke dia. Dah minum ke dia. Haaa lepas tu kita jangan tolong makan untuk dia pulak. Kita stop makan. Rilek2 dulu lepas tu pi solat sunat and doakan supaya mereka dapat makan. hehe senang kan.

p/s Sebenarnya post kali ni khas dituju untuk diri aku sendiri!

Thanks for reading =)

No comments:

Post a Comment