Assalamualaikum semua :)
Lama sudah tak menulis.(okay ini ayat sudah biasa) haha. Kali ini aku menulis sempena Ramadhan yg baru menjelma beberapa jam yang lalu. Sangat felling menyambut ramadan. Ada rasa aura la. semangat je mau puasa besok. dan Alhamdulillah aku masih bernyawa dan berkesempatan untuk berpuasa pada ramadan tahun ini bersama keluarga tercinta. Semoga ramadan kali ni adalah lebih baik dari yang sebelumnya. InsyaAllah. mcm lagu kumpulan Raihan tu.. ' Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna....' :) Dengan ini rasminya aku (Wani) dgn ikhlasnya ingin mengucapkan....
Selamat Menyambut Bulan Ramadan al-mubarak
&
Selamat Berpuasa
kepada semua rakan2, sahabat taulan, saudara saudari dan kepada sesiapa sahaja yang membaca nya. Dan marilah kita buka buku baru di bulan yang mulia ini. Hapuskan dosa lalu. Maafkan sesama kita. Lupakan segala sengketa sesama kita saudara Islam. Aku juga mau minta maaf atas salah silap. Jika hati kita suci & bersih, maka puasa kita mudah-mudahan akan dipermudahkan. InsyaAllah.
Dan bulan ini adalah bulan di mana syaitan2 diikat.
Maksudnya : "Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : "Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan." (HR al-Bukhari dan Muslim)
TETAPI kenapa masih ada yang melakukan dosa pada bulan Ramadan jika benar syaitan penghasut telah diikat? untuk kepastian sila rujuk disini .
Lafas Niat Puasa
Lafaz setiap malam. Niat ringkas :
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya : Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz niat lengkap :
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya : Sahaja aku berpuasa pada esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Lafaz niat puasa Ramadhan untuk sebulan :
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya : Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Doa berbuka puasa ;
Sekian dari saya untuk rakan-rakan ;
p/s : sumber dari internet. p/s : jika ada kesilapan info sila beritahu saya, TQ
:)
No comments:
Post a Comment