Hello hello, kopi 0 or milo?
haha :D
Apa cerita korang hari ni? sehat? Lama tak menulis kat blog sendiri. *biasa punya ayat la ni* haha. Thanx la sebab masih ada yang sudi membaca kat sini. :) Okay jom start cerita.
Malam tadi aku tidoq pukul 1pagi. Tapi da biasa da tidoq waktu gitu. Jadi, keesokkan paginya selepas subuh, aku berpesan kat mak aku lagu ni "mak nanti kejut kan org pukul 11pagi tau. nanti org bangun tido org masak la". Mak aku jawab "nape nak bangun kol 11?" aku jawab la balik "saje nak tido lama sikit.hehe" aku pun sambung la tido. sempat jugak la mimpi beberapa scene yang mengarut. Salah satunya adalah aku mimpi aku masuk skolah juvana. mungkin terikut2 cerita juvana kat tv3 tu.haha Tapi skola juvana ni kat NY. So dalam mimpi tu aku ada kata. tak kesah la masuk skolah ni. janji kt Luar negara.haha
Okay dah jam 11 tu mak aku pun kejut la aku. then dia tutup kipas . memang cara dia nak kejutkan anak2 supaya kitaorang panas then trus bangun. Tapi kalau ngan aku memang silap la. aku panas2 pun kalau da ngantuk balun ja tido.haha. tapi tadi aku trus bangun je. then usha kat tingkap. "OMD" hujan siot! patutlah sejuk je. tak boleh jadi ni. rugi kalau tak tido hujan2. bukan slalu nak hujan.haha. So aku mulalah buat perangai buruk aku tu. Aku buat2 bunyi almari. kononnye bila mak aku dgr dia tahu la yg aku da bgn. Padahal, aku bangun then pi sambung tido kat sofa. kat sofa tu lagi empuk. memang layan sgt lah.haha. time tu mmg ngantuk gila so aku nak tido jugak. bila bangun2 je "pergghh layan gila tido.tak sia2 tido kat depan. lg layan dr tdo kt bilik.huuu "
Tiba-tiba, mak aku yang dari dapur tu pi depan n tgk aku tido lagi. ape lagi dia pun mula lah @!#$%^&*)$%^ kat aku.haha.. Aku terus bangun lah. haha. THen aku terus ke dapur. nak tolong mak masaklah konon. Sekali aku nampak ada sebesen ikan jaket. perghh ikan itu kelihatan seperti meronta2 minta di siang. aku pun dah mula lemah jantung di situ. Aku tak suka siang ikan. haha. Tapi aku ada nampak ada bawang2 atas meja. aku terus offer diri potong bawang tu. mesti mak aku kaget sbb aku tetiba rajin. padahal ada udang di sebalik nasik goreng.hehehe. Bukan nye apa. masih ngerilah tgk darah ikan banyak2 tu. nanti hampir kawin aku akan biasakan siang ikan la.hehe.. bla bla bla bla bla bla bla usai sudah aku masak sambal tempe + kentang + telur. sejak abg aku balik cuti kat umah, hari2 lah kena masak sambal. tapi xpe. senang jugaklah nk masak. xyah susah2 nak pikir nak masak apa. hehe
Jam 1pm. Cerita Safa & Marwah dah start. Layan senatron dulu. cerita ni skarang makin rumit. tapi nasib baik aku ni bijak sikit bila tgk senatron ni. otak aku sentiasa pikir bila tgk cita ni. bla bla bla bla...........
Malam jam 9. Aku tengok bola Malaysia vs Taiwan. Tengok tv kat ruang tamu la. Kusyuk nya aku nengok tv. Muka aku bereaksi masam. sebab tgk bola kan, takkan nak gelak sorang2. Bapak aku pun pulang dari masjid after Isya'.. Dia tengok muka aku masam je. hari2 pun dia tgk muka aku masam. Mungkin dia perasan yang aku dah beberapa hari tak keluar rumah. Keja pun malas. memang niat aku nak cuti seminggu sampai menunggu kenaikkan gaji. ehhh x..lupa pulak. mana la gaji nak naik kan. sementara menunggu kemasukkan gaji. haha. nak keluar pun xda duit. *kesian kan* Lepas tu bapak aku tanya "duit belanja ada lagi x?" aku buat2 x dgr. Dia tanya skali lagi. aku pun dgn muka masam berkata "tak de". Lepas tu dia keluarkan rm50 dr wallet dia. Dalam hati aku berharap n happy. tersenyum la sekejap. haha. walaupun rm50 tu mcm sikit kan kalau utk golongan mcm aku ni, tp happy la sb gaji pun x in lagi tp da dpt wang belanja. bleh la shopping makanan kat pasar malam hari isnin nanti.haha (ntah pape kan aku.kuno nye g pasar malam. dapat 50 tu patutnye g la flaming steamboat ke atau yg best skit kn. ni pasar mlm je.) kihkih
Lepas tu da sambung tengok bola balik la. aku dok kat sofa yg berhadapan ngan bapak aku. tiba2 dia nampak seluar aku yg kt bahagian kepala lutut ni terkoyak sikit. dah lama dia perasan sebenarnya. tapi aku masih lagi pakai seluar ni sbb best. ni la seluar fav aku tau.haha then dia tnya "tak de seluar lain ke?" perghh sentap mak kena tnya soalan tu. nampak sgt aku ni gila miskin sbb pakai seluar koyak. mungkin dia kesian kot. dia pun tanya la " ada duit x nak beli seluar tu? " mcm biasa la bila dua kali dia tanya baru aku jawab la. segan katanya.haha. Korang expect apa jawapan aku? semestinya aku kata " takda duit " kan supaya nnti di blh kasi lagi.haha .TAPI salah besar la sebab time tu sespontan aku terkata "ada duit" haha. rugi tol aku. kalau x dapat lagi duit blanje blh shopping. iihhhh rugi2. tapi tak pela. biar jela simpan utk kegunaan lain. aku tunggu gaji aku nanti baru shoppig la.
p/s lain kali kalau bapak korang tanya, jawab je takda duet. nanti konfirm dia bagi punya. haha
No comments:
Post a Comment