Sunday, June 12, 2011

Cooking

   Ciri yg perlu ada pada seorang yg bernama
wanita.

Bila anda seorang perempuan, makanya anda haruslah pandai atau boleh memasak. Nak buat macam mana kan. Sebab memasak ni dah memang sinonim dengan perempuan. Dah macam satu benda yg wajib ada kat perempuan iaitu bakat memasak. Kalau siapa yang tak reti masak tu memang lah parah. Paling2 pun mesti kena tau masak nasik. haha itu adalah benda yang paling senang. Kalau masak air tu takyah citer la. Sape tak reti memang mau kena maki.kihkih.

Tapi memasak tu no2. no1 ialah anda kena tahu benda2 asas iaitu props untuk memasak..cehhh (nak guna word props je)haha.. yelah contoh kalau nak masak ikan, kena lah siang ikan dulu kan. duhhh tu benda yang paling aku lemah sekali. Menyiang ikan dan ayam, daging, hati, limpa dan sewaktu dengan nya. pendek kata barang2 basah ni... waaaa! kalau mak suruh aku siang ikan, dalam hati tu rasa mcm nk memberontak lari dari rumah. malas yg amat. itulah yg aku rasakan secara jujurnya.hehehe.. Bukan apa, aku tak buleh nak pegang ikan tu mati2. bukan tu je, kalau nak tau, aku ni xleh pegang binatang.. kucing pun geli nak pegang. tak tahu lah aku ikut perangai siapa ni.haha.

Zaman semakin moden, semakin ramailah wanita yg moden juga. moden means, kalau nak masak tu kena upah orang gaji untuk masak. Tapi kan, kalau dulu2, sape yg tak reti masak org kata tak laku. Tak laku untuk nak dijadikan isteri.haha.. Tapi tu dulu la. skang ni aku rasa tak pandai masak pun tak pe kot. Sebab kedai makan banyak. makan jela kat luar.susah apakan..haha..Kalau balik kampung kena lah buat2 rajin dan buat2 tahu memasak, kalau tak, makcik2,jiran2 yg tak reti nak menjaga mulut tu mulalah berbicara pasal kita. contoh: "kau tau Melah, anak dara Aminah tu dah masuk 23 tahun pun masik tak reti masak. macam mana nak kahwin. kelaparan lah laki dia nanti.eeee.." Betul kan? mesti korang penah tgk kat tv ke kan makcik2 tu mengata org cmtu. **jap, ni mcm dah lari topik**

Okay sambung.. aku ni dulu memang tak reti masak langsung. Tapi semakin meningkat umur ni, mak aku paksa jugak suruh aku masak. tapi dia ajar la. Sayur2ran pun aku tak kenal. yg aku tau kobis,timu,bendi,kacang panjang dan sewaktu dgnnya. yang macam sawi,bayam,kangkung tu aku konfius. sebab aku tak makan sayur so mana nak tau kan.haha *alasan*.. Siang ikan,ayam suma tu pun skarang aku dah tahu tapi aku kena pakai glove.haha.. tak leh la nak pegang darah2 ikan tu. nanti fobia *alasan jugak* haha. Aku blaja sikit2 dan sekarang byk jugak la masakan2 melayu yang aku dah reti masak. Tapi masih belum terer la. Tapi boleh la..dari tak reti langsung kan.hehe..

Kenapa kita perlu tahu memasak? haaa ni persoalan nya.. kenapa? okay kalau kita tanya kat org tua/veteren/makcik2 mesti diorang akan kata "kalau tak reti masak, macam mana nak kahwin?". okay jap! kita kahwin, cari isteri or tukang masak? haha tak adil kan? takkan tak reti masak tak boleh kahwin. kemon la..kalau aku tak reti masak pun, aku bantai je kahwin kalau ada yang nak.haha.. boleh pe makan nasik ngan telur goreng..ouh itu sgt senang.haha.. Tapi kan sebenarnya, syok memasak ni. aku pun suka masak. tapi tak nak masak ikan. nanti kena siang2 tak suka. hehe

Tapi kan, masalahnya lelaki sekarang pun pandai memilih.. Nak istri yg pandai masak. sebab senang balik kerja trus dapat makan katanya..ouh yeah.. nampaknya anda2 yg bernama wanita memang kena pandai masak. kalau tak reti pun, cakap je yg korang reti masak. takde lah org pandang rendah nanti kt kite.haha
-N-

No comments:

Post a Comment